bandit -facebook banner-468 x 60px

Wednesday, August 20, 2008

salam perkenalan


Salam sejahtera kepada sahabat sekalian. Tahniah kepada sahabat sekalian kerana ingin mencari duit tambahan di internet. Dunia internet hari ini masih luas untuk kita semua. Saya lebih suka jika lebih ramai rakyat Malaysia menceburi bidang ini. Dengan melayari blog saya ini,anda sebenarnya mahu mengubah hidup anda

Saya sebenarnya sudah lama untuk menghasilkan blog ini secara versi penuh. Pada versi awalnya saya hanya membuat panduan ini dan memberikannya pada kawan kawan saya yang berminat untuk mencuba sesuatu yang baru. la hanya mempunyai sedikit maklumat untuk setup blog dan cara membinanya. Perkara yang mendorong saya memhasilkan blog ini setelah mendapati tiada satu pun yang berbahasa Malaysia. Apa yang saya sering jumpa hanya panduan dalam Bahasa Inggeris. la ditulis dalam bahasa yang begitu teknikal dan jika seseorang itu bukan dari bidang IT pasti tidak akan memahaminya langsung.

Teknik teknik yang saya terangkan dalam blog ini adalah teknik yang digunakan oleh mereka yang telah berjaya dengan Adsense. Mungkin ramai dari pada anda mempunyai blog tetapi jika ia tidak disetup dengan betul, pasti blog anda tidak akan disenaraikan ke enjin carian. la diolah agar mereka yang langsung bukan dari bidang IT dapat mempelajarinya.Saya akan mengemaskini blog ini dari masa ke semasa agar dapat menjana wang dengan Adsense secara maksimum.

Enjin carian adalah faktor utama dalam .Jika anda menguasainya,anda pasti mengubah cara hidup anda dalam dunia internet. Dalam blog ini anda akan ditunjukkan bahawa bukannya susah untuk laman anda disenaraikan di enjin carian. Jika anda menguasai enjin carian, tidak mustahil anda akan menjadi Bakal Jutawan Internet Baru Malaysia...

Thursday, August 7, 2008